Pelajar Cemerlang PT3 Tahun 2014


Tahniah diucapkan kepada barisan pelajar SMK Kampong Selamat yang telah berjaya dengan cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang lalu.

Barisan pelajar cemerlang PT3 2014 dan barisan pentadbir serta guru-guru kanan



Jadual Persekolahan 2015


Sesi persekolahan 2015 bagi sekolah terlibat banjir ditunda seminggu

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).
Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

Tradisi Ganding Bahu Lonjak SMK Kampung Selamat


Pengetua,Pn. Zaini Ahmad (berdiri kiri) dan Wan Chik Ahmad melihat tiga pelajar menjalankan aktiviti penjagaan pokok pokok herba.


TASEK GELUGOR 24 April 2014 _ Tidak banyak sekolah yang membuka ruang seluas-luasnya kepada ibu bapa untuk turut sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran bersama anak-anak mereka seperti yang diamalkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Namun, siapa menyangka tradisi itu yang diamalkan sejak sekian lama menyumbang kepada peningkatan prestasi sekolah berkenaan sehingga dipilih menerima Anugerah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar.
Pengiktirafan itu diberikan sempena Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2012/2013 pada 19 April lalu.
Menerusi pendekatan itu, pihak pengurusan sekolah berkenaan membuka peluang kepada ibu bapa membantu guru-guru dalam aktiviti seperti menunjukkan cara mengawet serangga dan tumbuh-tumbuhan herba kepada para pelajar.
Pendekatan itu ternyata dapat mewujudkan hubungan erat antara guru dan PIBG sekolah berkenaan sekali gus memberi manfaat kepada pelajar sekolah berkenaan.
Pengetuanya, Zaini Ahmad berkata, kerjasama sejak beberapa tahun lalu itu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif kepada pelajar di sekolah berkenaan.
Menurutnya, pendekatan itu juga membolehkan sekolah berkenaan mencatat prestasi akademik membanggakan selain tidak menyaksikan berlakunya masalah disiplin dalam kalangan pelajar yang serius.
“Lokasi sekolah ini terletak di kampung yang dikelilingi ladang kelapa sawit menyebabkan perlunya untuk kedua-dua pihak bekerjasama termasuk dalam aspek keselamatan pelajar," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sekolah berkenaan hari ini.
Menurut Zaini, pihak sekolah bersama PIBG juga secara konsisten menganjurkan pelbagai aktiviti melibatkan komuniti seperti program santai dan kenduri rakyat untuk mengenali masyarakat setempat.
Mereka juga, katanya, mengadakan kutipan derma untuk membantu beberapa keluarga miskin termasuk pelajar di sekolah berkenaan.
Tambahnya, pelaksanaan program berkenaan menghasilkan maklum balas positif apabila ibu bapa tidak lagi 'segan' untuk datang ke sekolah dan berkongsi pendapat.
Keadaan itu, ujarnya, berbeza berbanding sebelum ini yang mana kelibat ibu bapa di sekolah hanya boleh dilihat ketika mesyuarat PIBG atau ketika mengambil buku laporan anak masing-masing.
“Kini ibu bapa turut bekerjasama dan memberi sumbangan dalam mencantikkan kawasan sekolah dengan membina taman herba dan zoo mini untuk manfaat pelajar," katanya.
Dalam aspek pencapaian akademik pula, katanya, SMK Kampung Selamat yang baru berusia 11 tahun menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan.
“Dengan kekuatan seramai 65 orang guru dan 16 kakitangan, sekolah ini berjaya berada pada kedudukan 347 daripada jumlah keseluruhan 2,215 buah sekolah menengah di seluruh negara.
“Pencapaian dalam subjek Bahasa Inggeris juga baik kerana mencatatkan kelulusan 86.29 peratus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lepas selain dua calon berjaya mendapat 9A dan enam calon berjaya mendapat 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR)," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua PIBG SMK Kampung Selamat, Wan Chik Ahmad berkata, pihaknya berusaha menjayakan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan.
“Antaranya kita bekerjasama erat dengan ibu bapa, komuniti, sektor swasta secara meluas.
“Masyarakat juga akan membantu melaporkan kepada pihak sekolah jika ada aktiviti pelajar yang mencurigakan," katanya.
Dalam pada itu, Wan Chik memberitahu, pihaknya turut merancang program santai, ceramah agama dan kelas motivasi membabitkan penyertaan masyarakat setempat sebelum Ramadan ini.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140425/pe_02/Tradisi-ganding-bahu-lonjak-SMK-Kampung-Selamat#ixzz3PbgYsy8W 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pertandingan Anugerah Kantin Dan Dewan Makan Bersih, Selamat dan Sihat 2014 Untuk Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pulau Pinang.



Melalui Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Putrajaya dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan pertandingan ini dan pada peringkat negeri Pulau Pinang sebanyak 5 buah sekolah bertanding iaitu bermula :-

-1 April 2014 : SMK ALMA (kategori kantin luar bandar)
-1 April 2014 : SMK PENANTI (kategori dewan makan)
-2 April 2014 : SMK KAMPONG SELAMAT (kategori dewan makan)
-2 April 2014 : SMK PERMATANG PASIR (kategori kantin luar bandar)
-3 April 2014 : SMK TELOK KUMBAR (kategori kantin luar bandar)


Untuk pertandingan ini, juri terdiri daripada Pegawai Kesihatan Persekitan, Pegawai Teknologi Makanan, Pegawai Sains Pemakanan serta Pegawai Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dan beberapa perkara yang akan diaudit ialah :-

1) Keadaan kebersihan kantin / dapur asrama

2) Rekod-rekod perlaksanaan program KENDIRI

3) Rekod suntikan vaksin

4) Rekod latihan pengendali makanan

5) Rekod pembersihan



Antara persediaan yang telah dilakukan SMK Kampong Selamat :-

Keadaan kebersihan dewan makan asrama

 Tempat cucian tangan




Tempat Cucian Pinggan




Stor Bahan Mentah



Ruang Persediaan




Rak Pinggan dan Peti Sejuk





Ruang Memasak


Ruang Hidangan

Ruang Makan Dewan


Rekod-rekod perlaksanaan program KENDIRI

Buku Laporan Kendiri


-Rekod suntikan vaksin
-Rekod latihan pengendali makanan
-Rekod pembersihan




Contoh Rekod-Rekod Latihan, Suntikan Vaksin Bagi Pengedali Makanan



Tahun 2014 ini merupakan tangga anjakan bagi SMK Kampong Selamat melonjakkan lagi prestasi kerana pada tahun 2011, SMK Kampong Selamat telah berjaya merangkul takhta Johan pada tahun itu.

Hadiah Cek Sumbangan



Sijil Penyertaan & Sijil Akuan Johan Bagi SMK Kampong Selamat


Oleh itu, setinggi-tinggi perhargaan harus diberikan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. 
Semoga ditahun 2014 ini, SMK Kampong Selamat akan berjaya mengulangi kemenangan ini semula.
SMK Kampong Selamat "KEJAYAAN MELALUI AMALAN BERKESAN".





Selamat Datang diucapkan kepada Puan Pengetua SMK Kampong Selamat yang baharu.


Puan Hajjah Zaini Binti Ahmad



Sekapur Sireh

      Bismillahirrohmanirrohim...
      Assalamualaikum w.b.t...
      Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, seluruh keluarga dan Para Sahabat Baginda.

      Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih ditujukan kepada semua AJK Laman Web SMKKS kerana telah berusaha membina laman web sekolah dan memaparkan perkembangan maklumat terkini tentang pencapaian SMKKS.

      Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia anjakan ke-7 iaitu untuk memaksimumkan penggunaan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia, maka laman web ini diharap dapat memacu proses pembelajaran ilmu dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar.

      Sebagai peneraju utama, saya sangat berharap laman web ini juga menjadi platform untuk menghubungkan seluruh warga smkks, ibu bapa, guru-guru, staf mahupun pelajar dengan informasi berguna sebagai rujukan.

      Akhir kata saya berharap laman web SMKKS ini dapat dimanfaatkan secara menyeluruh oleh semua pihak. Insyaallah dengan usaha dan keikhlasan kita semua visi SMKKS menjadikan SMKKS Sekolah Terbilang 2015 akan tercapai.

Sekian, terima kasih.
Wabillahi taufik wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Agensi Nuklear Malaysia

Lawatan sambil belajar pelajar aliran sains ke Agensi Nuklear Malaysia diiringin oleh beberapa 
guru pengiring.

Perjumpaan Waris

Pn Arsun Jasin memberi taklimat kepada waris dalam program yang diadakan pada 3 Feb 2013 lalu.

Bajet Kasih Sayang Janji Ditepati



Sebahagian waris pelajar yang datang untuk program bantuan Khas Awal Persekolahan RM 100 pada Januari lalu.

Program Bersamamu PDRM

Dato' Wira Ayub bin Hj Yaakub bergambar bersama warga SMK Kampong Selamat selepas merasmikan program bersamamu PDRM. Turut hadir Ketua Polis Daerah SPU , Asisten Komisioner Zulkifli Alias.